Friday, November 29, 2013

cinta allah tidak pernah mengecewakan.

perkongsian ilmu sebagai hamba allah ..
anggaplah perkongsian ini sebagai ingatan saudara seislam.


assalaamualaikum. 

semoga kita sentiasa dibawah lindungan dan rahmat allah.

baik lah hari ini perkongsian ilmu yang ingin dikongsi ialah mengenai kita sebagai seorang
manusia yang beragama islam tidak lari dari fitrah bukan?
terutama dalam bab cinta. cinta itu luas maksud nya. bukan hanya cinta kepada sesama
manusia, ada juga yang mencintai harta benda , cinta alam semula jadi.oleh itu definisi
cinta itu luas..


dalam banyak-banyak cinta di dunia ini, cinta kepada pencipta yang tidak mengecewakan.
contohnya, dalam sebuah lagu :


 cintakan bunga  layu,
cintakan manusia akan manusia akan mati
cintakan allah kekal abadi
itulah terbaik.

melalui bait lagu ini kita dapat berfikir sejenak bahawa semua di atas muka bumi ini akan lenyap.
hanya allah yang kekal abadi. jadi kenapa kita mahu cinta pada benda yang sementara kerana
ia hanya akan membawa kepada kekecewaan. tentu tiada diantara kita yang mahu merasa kecewa 
bukan?


 kadang-kadang kekecewaan membuatkan kita lupa pada pencipta kita.kadang-kadang
allah turunkan musibah bagi menguji kita untuk melihat sejauh mana kesabaran kita dan bagaimana 
kita bergantung untuk mengadu padanya. sesungguhnya allah tidak akan memberi dugaan kepada 
orang yang tidak mampu menanggung nya.

sepatutnya kita bersyukur kerana jika allah bagi dugaan kepada kita itu bermakna allah sayang
 kepada kita. jadi bergembira lah di atas dugaan yang menimpa. in sya allah allah akan menggantikan
sesuatu yang lebih baik untuk kita. hal ini kerana allah tahu apa yang terbaik buat hambanya.

#notetomyself



Monday, November 25, 2013

cinta alam remaja

assalamualaikum....


perkongsian ilmu bukan hanya apabila kita bergelar ustaz atau ustazah.
berilmu tanpa amal ialah kosong..


zaman remaja merupakan peringkat terbesar dalam kehidupan.
semua orang akan melalui alam remaja dimana sering teruji dengan
pelbagai tipu daya syaitan..

salah satu penjuru yang syaitan cuba masuki ialah penyakit cinta.
remaja ramai teruji dengan rasa ingin menyangi dengan berbeza jantina.
tidak dinafikan cinta itu fitrah. akan tetapi apabila di lakukan dengan perbuatan,
bunga-bunga maksiat akan terbina.


zina itu boleh terjadi dengan pelbagai cara. sebagai contoh zina hati, zina mata
dan lain-lain. islam tidak melarang umatnya bercinta selagi tidak melanggar hukum syarak..
ada sebab mengapa islam melarang.. dalam kehidupan ini kita dapat lihat larangan
dan perintah allah itu bersebab.

hari ini kita dapat lihat berapa banyak bayi yang telah terkorban akibat sikap tidak
bertanggungjawab ibu bapa mereka. bayangkan lah jika kita di tempat mereka .
tiada sedikit pun peluang untuk mereka melihat dunia dan beramal kepada allah/.

jadi kita sebagai remaja perlu membentras dan memberi contoh kepada rakan sebaya yang
lain.. dan semoga allah memberkati anda semua, in sya allah..

#notetomyself.



Friday, November 22, 2013

La Tahzan



kekecewaan melanda sebab pointer tak sebagus orang lain. tapi kita perlu tahu itu semua ujian allah kan. allah tahu yang terbaik untuk hambanya. mungkin ada hikmah disebaliknya atau allah mahu uji sejauh mana kita mengharap pertolongan daripada nya. 

allah mahu kita sentiasa dekat dengan dan meminta pertolongan darinya.subahanallah.. beruntunglah orang-orang yang bersabar. orang-orang yang bersabar akan mendapat ganjaran yang setimpal dengan kesabaran yang dilakukan. jika bukan di dunia mungkin di akhirat.. in sha allah.

kehidupan ini hanya sementara. menuntut ilmu allah adalah perintah allah. dengan ilmu allah mengangkat darjat seseorang itu. oleh itu kita bukan hanya belajar untuk mendapat pointer yang bagus sahaja, tetapi untuk diamalkan kan.in sha allah.


#notetomyself

-manusia sering lupa oleh itu kita sebagai saudara dan saudari seislam perlu saling ingat-mengingati. semoga ukhwah terjalin lebih menyatu-padukan orang islam. amin..

Saturday, June 2, 2012

wasiat ku...

love my frenz.......

wahai sri kandi islam yg ku sygi..
ingat lah teman...aku menyayangi mu..
seperti saidina abu bakar sanggup mempertahankan rasullah..
aku ingin menjadi seperti itu...
sahabat ko mmg istimewa...dapat menghiburkan hati yang lara...
semasa aku kesedihan ko sentiasa ada...
aku mungkin bukan yang sempurna..
tapi aku ingin menjadi seorang sahabat yang sempurna ..


sahabat ingati lah aku dalam doa mu walaupun ajal menjemput ku dahulu..
wasiat ku hanya satu...
perjuangan islam diperkukuhkan dalam hati anak islam yang bakal menerajui
perjuangan para islami....



Friday, March 16, 2012

wanita solehah

ainul mardhiah

Dirimu pembakar semangat perwira
 Rela berkorban demi agama
 Kau jadi taruhan berjuta pemuda
 Yang bakal dinobat sebagai syuhada
 Itulah janji pencipta Yang Esa

Engkaulah bidadari dalam syurga
 Bersemayam di mahligai bahgia
 Anggun gayamu wahai seorang puteri
 Indahnya wajah bermandi seri

Menjadi cermin tamsilan kendiri
 Untuk melakar satu wacana
 Buatmu bernama wanita

Ainul Mardhiah
 Kau seharum kuntuman di Taman Syurga
 Menanti hadirnya seorang lelaki
 Untuk menjadi bukti cinta sejati
 Ooh! Tuhanku
 Bisakah dicari di dunia ini
 Seorang wanita bak bidadari


ya allah aku dnga lgu ni mmg bes la...
yelah sapo x nak jd cm ni kn...payah pn mesti cuba...
para wanita kat luar san..aku harap sangat dpt tuju lgu ni kt korunk..
bukan nk sidir..nak sme2 kte hayati...
keseronokan kat dunia ni x kekal nyer...
PERINGAT UNTUK SYA JUGA!!!
~pEaCE teEEha BRUtal~