Friday, November 29, 2013

cinta allah tidak pernah mengecewakan.

perkongsian ilmu sebagai hamba allah ..
anggaplah perkongsian ini sebagai ingatan saudara seislam.


assalaamualaikum. 

semoga kita sentiasa dibawah lindungan dan rahmat allah.

baik lah hari ini perkongsian ilmu yang ingin dikongsi ialah mengenai kita sebagai seorang
manusia yang beragama islam tidak lari dari fitrah bukan?
terutama dalam bab cinta. cinta itu luas maksud nya. bukan hanya cinta kepada sesama
manusia, ada juga yang mencintai harta benda , cinta alam semula jadi.oleh itu definisi
cinta itu luas..


dalam banyak-banyak cinta di dunia ini, cinta kepada pencipta yang tidak mengecewakan.
contohnya, dalam sebuah lagu :


 cintakan bunga  layu,
cintakan manusia akan manusia akan mati
cintakan allah kekal abadi
itulah terbaik.

melalui bait lagu ini kita dapat berfikir sejenak bahawa semua di atas muka bumi ini akan lenyap.
hanya allah yang kekal abadi. jadi kenapa kita mahu cinta pada benda yang sementara kerana
ia hanya akan membawa kepada kekecewaan. tentu tiada diantara kita yang mahu merasa kecewa 
bukan?


 kadang-kadang kekecewaan membuatkan kita lupa pada pencipta kita.kadang-kadang
allah turunkan musibah bagi menguji kita untuk melihat sejauh mana kesabaran kita dan bagaimana 
kita bergantung untuk mengadu padanya. sesungguhnya allah tidak akan memberi dugaan kepada 
orang yang tidak mampu menanggung nya.

sepatutnya kita bersyukur kerana jika allah bagi dugaan kepada kita itu bermakna allah sayang
 kepada kita. jadi bergembira lah di atas dugaan yang menimpa. in sya allah allah akan menggantikan
sesuatu yang lebih baik untuk kita. hal ini kerana allah tahu apa yang terbaik buat hambanya.

#notetomyself



No comments:

Post a Comment